Objektif Penubuhan Organisasi

Majlis Belia Sabah ini mempunyai beberapa objektif penubuhannya. Antaranya adalah seperti berikut :-

 

1.Menegakkan dan mengukuhkan prinsip-prinsip sukarela dan demokrasi di dalam pergerakan 

   belia.


2.Menyemarakkan potensi diri dan jasmani, melalui pendidikan belia di dalam negeri ke arah      

   mencapai kebahagiaan diri melalui kegiatan berpersatuan.


3.Meningkatkan semangat kesetiaan kepada Negara dalam kalangan belia dengan menyebarkan    prinsip-prinsip rukun negara.


4.Mewujudkan dan menggalakkan minat menyertai persatuan belia.


5.Mewujudkan kerjasama dan persefahaman dalam kalangan belia melalui aktiviti bersama.


6.Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai teknik dan kegiatan persatuan belia 

   dengan cara berunding,membantu menubuhkan persatuan-persatuan atau pertubuhan belia  

   baru untuk kemajuan belia.


7.Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan,badan-badan berkanun atau badan-

   badan lain mengenai perkara-perkara kebajikan belia,sesuai dengan prinsip-prinsip 

   keadilan,kebenaran dan kemanusiaan.


8.Menjalankan segala rupa ikhtiar bagi kemajuan Majlis dan untuk menuju ke arah ini akan 

   merancang beberapa program jangka pendek dan jangka panjang ke arah pencapaian 

   matlamat tersebut.